The one journey continues till the end
Let's cherish every moments that life has to offer and make most of it..
till the end.

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

::MOI BOOKS::

Road Less Traveled by M. Scott Peck
The Rule of Four by Ian Caldwell & Dustin Thomason
The Pilot's Wife by Anita Shreve
A Walk to Remember by Nicholas Sparks
How to Do Just About Anything on the Internet
101 Ways to Improve Your Memories
Ready-to-Use Self Esteem Activities for Young Children
by Jean R. Feldman, Ph.D.
The Completion Chronicles of Narnia by C.S. Lewis
Sons of Fortune by Jeffrey Archer
The Glass Lake by Maeve Binchy

currently reading:
The Completion Chronicles by C.S Lewis
101 Ways to Improve Your Memories
The Glass Lake by Maeve Binchy

::MOI LINKS::

Baby Diana
Wirawan
Winda
Honey
Anni
Mawar
Linda
Meen
Sakura
Afzan
Cik Wani
Kinny
Nina
Pulut Bakar
Qarmyla
Ikan Melayu
Bro Dzan
Chegu Thamrin
Semut
Echah
Ariel's Food
SyikinAzim
Redza
Ummi Athirah
Cermin Retak
Razell Ann
Acidmaisya
Sahabatku
Mister Kadok
Azleen in Canberra
DeLinn
Majiana
Aqiih
AmalWildan
Darul Nu'man
Catch Sonic!
Kristal in Phillipine

::CHECK THIS OUT!::

Color Code
Oprah
FreeFoto.Com

::MOI RECIPES::

Delia's Class

Free Hit Counter
Free Hit Counter


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, October 04, 2005
Selepas 3 Bulan

Selepas 3 bulan, aku datang balik jenguk kat sini. Bukannya sengaja nak tinggalkan tempat ni sunyi sepi tapi dah memang tak sempat nak maintain byk blog. Ya, aku register 3 blog sebenarnya. Yang pertama tu lah yang aku selalu dok maintain. Dulu rajin bebenor, sekarang dah kesuntukan masa. Tapi hari ni blog tu down - under maintenance, tergerak pulak nak datang sini - jenguk2. Rindu pun ya! Tak ada apa sangat nak cerita. Esok dah nak start posa ni. So, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN UNTUK SEMUA. Semoga Ramadhan kali ni penuh makna....

Posted at 01:45 pm by onelife
Comment (1)  

Wednesday, July 13, 2005
Two is many!

Hi to everybody! Due to some weird arrangement at works, I am now having less time to keep my two sites alive. From now on, I'll be at my other blog more frequently. So, if you still want to get daily doses of my whereabouts please click at http://ondeonde.modblog.com. Thank you!

Posted at 03:32 pm by onelife
Make a comment  

Monday, July 11, 2005
Announcement

Ni ada announcement sikit ni, oleh kerana sekarang kat office kita tu dah start guna server, bermakna semua komputer akan di'link' (net-working). So, dengar kabar from time to time management will check setiap computer sama ada masa kerja ada online ke tidak - online pasal kerja ke pasal apa? Cheh! macam ni susahlah sikit kan nak blog waktu kerja time boring2 tu tak leh la nak blog-hop! So dahling people, kalau Kak One tak sempat visit saper2 tu mintak mahap lah byk2 ya...I'll try to blog at home but slow la sikit. Setakat ni-lah dulu ya.

Q, makasih untuk bukunya ya!


Posted at 11:11 pm by onelife
Make a comment  

Thursday, July 07, 2005
Mimpi

Hari ni nak bercerita pasal mimpi. Rasanya ramai orang selalu bermimpi...mimpi karut-marut pun ada, mimpi berangan pun ada (daydreaming), mimpi betul pun ada! Yang mengigau terus lagi best! hahaha...tapi yang aku nak cakap ni pasal mimpi betul....korang pernah tak alami mimpi yang telah mengakibatkan satu perubahan besar pada diri sendiri atau pada family terdekat. Lama dulu, aku pernah jugak bermimpi yang telah merubah kehidupan aku..aku dah cerita pasal ni..pasal aku kena pilih the love of my life....sebelum tu aku buat solat istikharah dulu beberapa kali dan jawapannya datang dalam mimpi. Alhamdulillah setkat hari ni aku bahagia dgn pilihan tersebut.

Ibuku jugak macam tu..untuk makluman semua ibuku banyak menderita sejak berkahwin dgn ayahku..pertama2 kerna dia bukan menantu pilihan dan dia didera oleh mertuanya..tidur tepi dapur kayu..makan kerak nasik dan macam2 lagilah..dugaan bertambah apabila ayahku sambung belajar di UM - ayah terjebak dalam kancah tigasegi - aku tak pasti kenapa ayah berbuat demikian tapi ayah memang sering begitu sehinggalah aku masuk uni. Ayah aku memang good-looking masa muda dan dia jenis yang kalau orang sekarang kata boleh jadi PRO - ramah dan boleh bergaul dgn sesapa jua. Ibu hanya bersabar, kesian Ibu - ibuku tak berpelajaran tinggi, hanya sekadar pendidikan darjah enam sahaja tapi aku kagum dgn sikap dan kegigihannya. Masa Ayah ke uni, dia ambil upah jahit baju dan buat direct-selling. Lepas tu bila aku dah ke asrama, dia bukak kedai runcit, jual nasi bungkus (nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang) - pun pernah berniaga kuih di pasar tani, jual kerepek dan mcm2 lagi yang ibu buat. Pelik kan! walaupun ayah seorang guru siswazah, ibu tetap mencari pendapatan sendiri - kata dia kalau orang pompuan tak de duit sendiri-susah! Orang akan hina kita! Masa tu aku tak faham cakap ibu. Tapi bila cuti je memang dah jadi kerja aku menolong ibu berniaga. Ibu memang pandai masak, setiap kali hasil jualannya memang habis - nasi bungkusnya di tunggu di tangga rumah - kadang2 belum sempat hantar ke kedai kopi, dah hampir separuh habis dijual. Begitulah Allah murahkan rezeki ibu - mungkin kerana ibu orang yang teraniaya. Aku bukan bertujuan membuka pekong di dada tetapi moga2 kisah ini menjadi teladan pada kita semua. Ayah ku memang panas baran orangnya, pantang silap sikit, mula-lah naik tangan dan ibu kerap kali jadi mangsa, ditambah dgn hasutan ibunya, perangai ayah menjadi2. Tapi satu aje yang aku respect pada ayah, pelajaran anak2 memang tak pernah diabaikan. Buku2 dibelikan - baik novel, buku kerja - asal namanya untuk pendidikan, diusahakan sehabis mungkin. Ada satu peristiwa yang tak mungkin akan aku lupakan sepanjang hayat dikandung badan. Satu hari aku call ke kampung dari public phone asrama - ibu menangis sambil memberi nasihat pada aku. Masa tu aku Form 2. Lepas tu aku dapat tau yang ayah ada hubungan dgn sorang wanita. Aku terbaca diari ayah dan baca nota cinta dia pada wanita tersebut. Aku juga baca surat cinta dia (dia tertinggal dalam poket seluar). Masa ni memang dia angau habis! Tak peduli pada rumahtangga - habis waktu sekolah, entah kemana dia menghilang. Semua sedara-mara ibu cadangkan ibu jumpa bomoh..tapi ibu enggan. Apa ibu buat? Dia hanya solat hajat setiap hujung malam dan mengadu nasib pada Ilahi. Tak putus2 doa ibu hinggakan kata ayah pada ibu - awak ni asyik sembahyang malam je! Takut saya!

Bermula dari situlah ibu sering bermimpi - mula2 ibu mimpi ayah tengah goncang tiang rumah dan habislah berselerakan jatuh dinding serta batu-bata rumah, dalam mimpi tersebut ibu menangis sambil berkata pada ayah, kenapa goncang rumah kita ni? nanti kita tak de rumah nak tinggal! Tapi ayah terus menggoncang tiang rumah. Kemudian dtglah dua orang makhluk berupa manusia yang mengutip dinding2 bata tadi dan susun balik rumah tersebut. Setiap kali digoncang ayah, tiap kali jugak mrk ni menyusun batu-bata sambil berkata - jgn bimbang selagi kami ada, rumah ni takkan runtuh. Selepas kejadian mimpi tersebut, ibu dapat byk petunjuk memberitahu ibu siapakah wanita yang menjadi racun dalam r/tangga ibu. Ibu tak serang pun wanita berkenaan tapi lama kelamaan sejuk sendiri. Ayah berpatah balik pada ibu. Ibu hanya mengamalkan ayat suci al-Quran apabila menyediakan makanan dan minuman pada ayah. Aku masih ingat ibu ada simpan satu botol air special yang ibu dah bacakan akyat Quran padanya just utk ayah.

Selepas itu ibu bermimpi - pada satu hari ibu berjalan di tepi pantai, tiba2 ada satu pohon besar tumbang kedalam laut tapi peliknya pokok tu tak tenggelam. Ibu meniti pokok tersebut dan mengutip ikan2 yang tiba2 timbul ke permukaan. Makin lama makin besar ikan2 yang ibu kutip. Business yang ibu usahakan semakin maju selepas itu hinggakan ibu dapat anugerah dalam direct-selling. Dugaan datang lagi selepas itu tapi ibu tak putus asa - setiap kali ibu hanya berserah dan mengadu pada Allah. Dan begitu jugalah aku perhatikan hingga kini. Walau pun kini ayah dan ibu dah hidup aman damai tapi ibu tetap meneruskan amalannya dan aku setiap kali ada perkara2 besar yang hendak dilakukan, aku tak lupa mohon restu ibu disamping berdoa pada Allah. Kalau ibu tak restu, memang aku tak buat, kerana pernah byk kali terjadi musibah jika diteruskan. Itulah kuasa doa seorang ibu.

Aku juga bukanlah mengatakan bahawa kita mesti percaya pada mimpi - tapi kita harus percaya pada Allah, pada kekuasaanNya bahawa tiada lain yang leibh hebat dari kuasa Allah. Dia akan memberi jalan jika kita mohon dgn hati yang tulus ikhlas. Jgn lupa kuasa doa seorang yang ibu - tak boleh dibuat main2. Oleh itu sementara kita masih ada seorang ibu, berkhidmatlah yang sebaik mungkin padanya.

Banyak lagi cerita pasal mimpi yang ibu alami, tapi dah tak larat nak tulis....pernah ke kalian alami mimpi yang sebegitu?


Posted at 01:39 pm by onelife
Comments (7)  

Wednesday, July 06, 2005
Taking a break

"Women don't want to hear what you think. Women want to hear what they think, in a deeper voice."

What do you think? Selalunya pompuan macam tulah, kalau bercerita dgn pasangan masing2 tu dan tetiba tanya pendapat, bukan dia nak dengar sgt pendapat pasangan tapi lebih kepada menyuruh mengiyakan pendapatnya..heheh...hanya pada masa2 tertentu je dia perlukan pendapat berbeza...pompuan hatinya dimulut sebab tu lah depa ni kuat berkata2...lelaki hatinya di kepala...sebab tu susah nak telah fikiran depa w/pun sebenarnya lelaki ni lebih simple berfikir drpd pompuan..pompuan suka pikir yang complex2..kalau macam ni, kalau macam tu..lepas tu camana..dan mcm2 lagi..w/b/manapun pompuan mmg dijadikan boleh buat semua kerja dalam satu masa (multi-tasking) - sambil menyusu anak, boleh lagi pegang novel, sambil masak, boleh sembang kat talipon, layan anak sambil2 lipat kain atau gosok baju..lelaki kalau dah baca paper (cthnya), toksah lah time tu nak cerita apa2 kat depa..hangguk je dia tau..lepas tu tanya balik kita..tadi cakap apa? alahai......


Posted at 11:58 am by onelife
Comments (7)  

Tuesday, July 05, 2005
Ringgit and SenSE

Hari ni malas nak cakap banyak. Tapi nak kongsi sikit pasal financial management. How a single mom makes it on $31K? Click here for details.

Posted at 03:04 pm by onelife
Comments (3)  

Monday, July 04, 2005
Mood Kurang..

Last weekend hari tu boleh kata agak sibuk dgn macam2 kerja. My dearest pun dua2 hari seminar sampai anak2 kata..Ayah, kenapa Ayah tak cuti pun?. Hari Jumaat tu my dearest pegi Penang - dah pukul 11 lebih malam baru balik. Nasib lah adik bujang aku tu datang - bawak durian kampung - apalagi pesta durian-lah. Aku suruh dia pegi beli kelapa - kami makan pulut durian - tak habih lagi pun - simpan kat peti ais - habis satu peti ais bau durian.

Lepas tu Hari Sabtu pagi2 my dearest pegi wet market sebab 9.30 nanti dia dah kena seminar. So, hari tu aku masak kari ayam - habih masak je, anak2 meluru ke dapur - "Ummi masak apa?, Kakak bau macam kari! Sedapnyaaaa..lapar lah Ummi. Memang mereka makan byk pun, tambah2 aku yang suap! Adik aku still melepak kat rumah, aku suruh dia balik esok sebab petang tu nak ajak dia pegi Sri Munawwarah - nak cari2 tudung - sudahnya bukan tudung yang aku beli! Hai...

Ahad pulak, pagi2 dah kena teman Kakak kat sekolah - ada sukan untuk sekolah agama - kalau ikutkan memang lah malas tapi kesian pulak anak2 kalau kita tak sokong aktiviti depa. Jumpa adik ipar pak chik sepupu aku...ada lah jugak teman sembang sebab aku sorang2 je kat sana (my dearest masih seminar).

My dearest balik seminar petang Sabtu hari tu dah bawak balik dah segala barang2 yang perlu untuk 'projek baru' kami tu. Tak ada masa lagi aku nak betul2 mengadap barang2 tu semua. Pagi ni pulak kat office ada dengar sedikit berita yang kurang menarik didengar. What do I expect? Kerja makan gaji mcam ni lah - Sebenarnya 2, 3 tahun kebelakang ni memang tengah pikirkan apa alternative yang nak dibuat kalau tak makan gaji. Dulu ya, aku kerja sebab nak duit tapi sekarang kepuasan diri yang aku cari...aku betul2 nak buat something yang boleh buat aku happy - a real satisfaction. Aku tak boleh nak imagine buat kerja sekarang sampai ke tua..mudah2an Allah permudahkan untuk aku. Target yang aku set hanya ada 16 bulan aje lagi, jadi aku perlu bekerja keras untuk mencapai impian tu. Dah dengar berita yang tak sedap tu lagi determined rasanya nak keluar lebih cepat...ya Allah, Engkau berkatilah apa yang akan kami usahakan ini nanti..permudahkanlah bagi kami kerana memudahkan yang payah itu amat mudah bagiMu..Amiiin.


Posted at 12:13 pm by onelife
Comments (6)  

Friday, July 01, 2005
Setahun Berlalu

Warning: This is a long entry..so sape2 yang nak ter.... tu cepat2 bereskan dulu..

Hari ni genaplah setahun kami sekeluarga menetap kat tempat sekarang. Alhamdulillah, so far semuanya berjalan lancar. Masa mula2 kahwin, kami menetap dekat rumah sewa yang sebelum tu aku diami semasa bujang - dek kerana rumah tu dekat dgn office, jadi lepas kahwin kami tinggal je kat situ. Afterthat, Allah bagi rezeki lebih dapatlah kami beli rumah sendiri tapi jauh dari office. About 30 minutes drive - dgn toll lagi pergi balik masa tu dah $7.40 - kalau hujan , mesti jam teruk area tu, dan yang 30 minute jadi sejam! (atau lebih). Tapi oleh kerana tak nak membazir duit (bayar sewa dan bayar rumah sekaligus), kami pindah jugak, masa tu Faris baru 3 bulan. Nursery anak2 tetap sama - masih dekat dgn tempat kerja (kami tak nak tukar sebab takut anak2 susah nak adapt, lagipun apa2 hal senang nak jengok). So, pagi2 kami keluar seawal 6.45am, pondong le anak2 masuk dalam kereta. Kesian anak2 kena kejut bangun pagi2 - tapi kami dah train, semua mesti mandi dulu so that babysitter dia tak payah nak susah2 mandikan depa lagi dan kalau babysitters ni sambut anak2 kami semuanya dah wangi..tak de bau2 bacin diapers..atau bau masyamm! Masa ni our eldest and second dah masuk kindergarten and playschool. So, on the way to depa qadha' tidur le and kadang2 ummi depa pun sama jugak ni..hehe..siaaan my dearest, drive 'sorang-sorang'.

Both of us bukan orang KL, jadi nak harapkan family lain, jgn mimpilah..jauh! Lagipun, aku sendiri pak dan mak mertua dah meninggal jadi harapkan my parents and they are more than 500 km away. So, two years later our eldest dah nak start sekolah so fikir punya fikir..kena register kat sekolah yang dekat dgn nursery dia jugak - bukan tak de sekolah kat tempat kami tu, masalahnya studentnya terlampau ramai dan lepas sekolah - kena hantar kat nursery lain - kami kesian dgn Kakak, mesti dia ambik masa nak biasakan diri - dah lah baru nak sekolah. Isy, tak boleh jadi! So, kami berdua berbincang - tolak campur duit dan masa - keputusannya pindah lagi! Masa kami pindah tu Faris dah ada adik kecik, 8 bulan. Mula2 ragu2 jugak sebab kawasan yang kami nak pindah tu boleh kata sewa dia semuanya $1k and above. Jadi, aku hanya berdoa kalau kami dapat good bargains we move - if not we still have to commute early so that Kakak won't be late (apa pun, sekolah dia kena dkt dgn office). One day, aku tengok advert kat The Star - and masa lunch kami pegi round tengok rumah tu - kawasan okay sangat - rumah pun nampak lapang. We called the agent and petang tu jugak habis je office hour kami dapat tengok rumah tu - memang mahal sewanya - macam yang aku cakap tadilah, tapi bargain punya bargain at last agent tu called the owner and setuju dgn bargain kami $800 per mth - for a 22' x 75' with 4 rooms and 3 baths, well-kept some more, I think the rent is worth-spending. Lepas tu that very weekend kami sign contract nak sewa rumah tu. Alhamdulillah, so kami berpindah randah lagi.....

Bila difikirkan balik masa kami tinggal kat sana, selalunya sampai rumah paling awal 6.30 petang - terus rushed ke dapur tak tengok kiri kanan dah - lewat camana pun, mesti nak kena masak jugak sebab anak2 masih kecik jadi kalau beli ntah bersih ke tidak depa masak - w/pun simple dishes (sup vege + ikan bakar/goreng, telor dadar or ikan bilis with sambal kicap) still hygienically terjamin - dan anak2 dan my dearest suka! Kalau beli pun depa makan sikit aje..so memang letih sangat. Aku pikir kalau Kakak dan start formal school, camanalah nak monitor study dia sebab my dearest pun sama2 letih (letih tolong uruskan anak masa aku masak, lepas tu tolong basuh baju pulak - esok pagi kalau aku tak sempat dia tolong jemur jugak sebab anak2 semuanya breastfeed jadi mmg challeging-lah sikit). Cuma aku suka keadaan lapa kat sana, may be orang belum penuh lagi dan jalan tak sibuk sgt - anak2 boleh main kat jalan sesuka hati - main basikal dan kejar pun aku tak risau. Tak macam kat sini, nak parking kereta pun susah...walaubagaimana pun kat sana dulu tak ada line telefon - so tak boleh nak berinternet - jadi aku tak berapa fasih sgt pasal net masa tu.

Bila pindah, alhandulillah macam satu 'turning-point' pulak, kami dah tak payah rush keluar kerja, lepas hantar kakak sekolah, masih boleh lepak2 kat rumah - breakfast - keluar pukul 8am pun sempat (office start pukul 8.30) - w/pun menyewa kalau dikira2 kan, sama jugak dgn bayar duit petrol dan duit toll - jajan anak2 dalam kereta lagi, dsbnya. Lepas tu kami dapat pay-raise early this year and ambik helper last feb. Jimat lah lagi sebab sebelum ni untuk nursery anak2 4 orang tu (full time) dah $1,000 lebih!!. So bayar maid ni just $370 je -cuma tambah duit van utk kakak dan kak chik ambik from schools. Breakfast pun kat rumah dan most of the days kalau tak de meeting kat luar, boleh lunch dgn anak2 kat rumah, check helper dan anak2 camana - sekali lagi kami bersyukur.

So, bila dah ada helper, kami boleh focus kat anak2 je-lah sebab house chores dah outsource-kan pada helper. So far, helper kami sangat2 lah reliable and responsible (tapi kena hati2 jugak ni). Dan rumah pun boleh connect dgn internet. Masa tulah aku yang jakun tentang internet belajar klik sana-sini dan aku telah join satu e-group ni. Sebenarnya aku dah tau lama pasal kewujudan company ni sebab aku selalu beli buku anak kat depa tapi tak tau depa ada e-group, maka makin bertambah lah pengetahuan dan kawan2 bila dah join ni. Aku kenal weblog pun thru this e-group jugak dan terpaksalah buat pengakuan bahawa akaun blogdrive aku ni bukanlah akaun pertama aku - ada yang lebih lama dulu sebelum ni - sekarang aku keep dua2 site - sebab yang first tu 99.99% written in english (ramai kawan2 foreigners kat sana) dan blogdrive ni tempat aku mencurah perasaan dalam bahasa ibunda.. sgt istimewa sebenarnya blogdrive ni..aku jumpa kwn2 istimewa kat sini *wink to everybody here* ...bila berkawan dgn ramai kawan dan ada e-group yang special ni, fikiran lebih terbuka dan byk peluang yang dtg boleh kita ambik. I've been to seminars organized by this e-group dan kutip so many knowledges...begitu juga dgn apa yang akan aku usahakan nanti pun bermula dari sana. Apa yang aku lihat seolah-olah Allah macam mengatur dan meletak bongkah batu untuk kami lompat dan susuri menjadikan segalanya senang dan selesa so far..jadi aku berdoa pada mu ya Allah agar Engkau terus memberkati kami sekeluarga, ibu bapa kami, sahabat handai sama ada yang jauh dan dekat dan para muslimin dan muslimag semuanya..kerana hanya keberkatan dan restu dari Mu lah yang lebih kami perlukan..Moga2 hari yang mendatang menjanjikan lebih kebahagiaan...Amin.

Kepada kawan2 sekalian, doakan juga untuk kami ya dan cuba2 lah join e-group tu, mudah2an setiap drpd anda beroleh manfaat.


Posted at 11:24 am by onelife
Comments (8)  

Thursday, June 30, 2005
On Being Fashionable

A couple of months ago, I watched Oprah's show and it featured two fashion counsultants from British - Trinny Woodall and Susannah Constantine. I really liked the show because they had pointed out what we shouldn't wear and how our appeareances will affect our attitudes. Then, later my friend told me that 8TV are now airing this show weekly, but I've yet to ask her the day and time of the show.

Later, I was searching for this books which written by these two image consultants and last week I received the books after having ordered them for several weeks. I've ordered all the three books from them. At first I thought I was pathetic. Well, if I couldn't lose all those stubborn fats, the least I could do is being fashionable. Don't get me wrong when I say 'being fashionable', of this I am sure every single women on earth would love to know how to dress correctly. Being fashionable doesn't mean you have to 'dispose' half of your body to the eyes of public. It means that knowing how to project your image so that you will look more presentable and at the same time enhancing the natural beauty that you already have - oh yes, whether you are short, plump, lanky, short-leg, pear-shaped, slim, big boobs or no boobs - and the most important thing is that you are still abiding the rules of being a good muslimah, that is not to sacrifice your aurat.

The books are like a revelation to me and now as if I need to change half of my wardrobe! Oh well..that will takes me sometime before I could change the whole thing. Do you agree that becoming more fashionable will make your rekindling the flames between a husband and a wife? I believe that every men wants his women to look good and errr..sexy. After all, it is our spouse that matters the most when we are thinking to improve our appearances, isn't it? That is when you want to go out working or having a date with your spouse or window shopping or just bring your kids jalan-jalan.

What about at home? How do you dress at home is also counts - you see, previously I never cared how I dress during weekends at home - I just dorned my 'best' T-shirts and kain batik. Mind you, my 'best' T-shirts would mean the most comfy ones which had been worn for a few years and has tiny hole somewhere. If somebody popped up at my house at that time would mistaken me for a maid! My dearest had no qualms over the way I dressed, or at least he never gave me any hints. But recently, when we started to have a live-in helper since last February, I started to become conscious of what I wear at home. Hence, my kain batik is now restricted to certain ocassion only - I put different outfits at home, put some make-up (lip gloss and compact powder) and even wearing a perfume (previously, the perfume just being sprayed at night). Of course, my effort pays because nowadays my dearest would like to snuggled closer when we sit in the sofa while watching TV (though it will only last for a couple of minutes because there always four kids lurking around trying to jump on our laps!!!), nevertheless it feels wonderful. Most of the times it will leads us to a long nite afterwards (ehem..ehem).

I am not sure about other people out there - what they did to rekindle the flames of their marriage - some of you are just got married so they might not 'feel' the situation and some of you would exactly know how it feels and as for myself, I think an 8 years of marriage with 4 small kids on tow is worth the effort.

So duhling people out there..if you wanna have a peek of the books that I bought, please click here. (type 'woodall, trinny' in the Quick Find box and you'll get to see all the books.)


Posted at 09:37 am by onelife
Comments (8)  

Wednesday, June 29, 2005
Women and Slimming Centre

Semalam petang my friend called. Kawan ni dah lama kenal semenjak sekolah menengah kat Kuantan dulu lagi. Sekarang dia jadi QS kat KL dan kahwin dgn our schoolmate jugak. Her husband jadi Engineer kat Shell. So, hidup depa boleh dikatakan mewah la. Cerita punya cerita my friend told me that sekarang dia ambik slimming program - untuk 10 sessions bayar $3,000 lebih!!! Dia kata husband dia nak bayarkan!! Lepas tu ambik injection untuk Vitamin C - 6 ampules bayar $250, so memula kena ambik 10 ampules (every week one ampule) lepas tu every month kena satu ampule. At first terkezut jugak dengar sebab my friend ni sebelum ni biasa2 je orangnya. Memang biasalah kebanyakan wanita (termasuk diri sendiri), berat badan and shapes of body akan berubah bila dah ada anak. Especially bila dah 3 atau 4 kali bersalin. Memang setiap wanita kalau boleh nak cantik dan slim memanjang, so that husband tengok dia lawaaaaa je (physically) sentiasa. Kalau dah ada duit lebih tu apa salahnya try-out slim session - untunglah my friend ni sebab hubby nak bayarkan. Bab vitamin C ni w/pun aku rasa okay tapi ragu2 jugak kan - selamat ke?. My friend kata dia ambik injection dgn doctor-lah. Tapi kalau orang like myself and hubby, bukan aja tak mampu nak pegi slimming centre - apalagi nak ambik injection tu - kalau vit C table tu boleh la kot..haha.

Agaknya hubby my friend nak wife dia lawa, suruh pi slim centre - bayarkan pulak tuh! aisey..wife mana lah nak tolak kan? Cuma my hubby tak mampu ler nak buat camtu - I told him about this and he said, lebih baik abang simpan duit untuk education anak2 - kalau nak slim, kita concentrate je kat jogging yang kita dok buat selalu tu, lepas tu jaga makan-minum, save duit.

Yalah, betul jugak cakap dia tu cuma effect-nya lambat sangat! Boleh naik boring...ada sorang kawan lain pernah bagi tau dia pernah pegi marie-claire slimming centre, memang turun tapi lepas tu serupa jugak kalau tak jaga makan dan tak buat exercise, naik balik so dia advised better invest beli serba-sikit alat bantuan senamak kat rumah lepas tu pilih2 sikit makan - jgn diet over2! Macam tu lebih sihat kata dia - tapi kalau nak 'almost-instant ' effect dan ada duit extra, pegi lah slimming centre cuma kena ada lagi duit extra utk maintain. Gamaknya aku tak de peluang lah kot nak try-out kat slimming-centre ni..

Cuma aku ada jugak terfikir apa agaknya pandangan kaum Adam pasal slimming badan ni ya? Aku percaya semua lelaki suka tengok wanita cantik dan slim2, lebih2 lagi kalau wife dia yang macam tu kan? Tapi adakah cinta akan berubah sikit demi sedikit sama dgn perubahan bentuk badan isteri? Kalau memula kawin dulu tak sabar2 nak tunggu malam (sorry ya! this is fact) tapi sekarang anak dah berderet, macam alasan ada! Betul ke macam tu?


Posted at 09:44 am by onelife
Comments (12)  

Next Page